SHAHIN TRAVEL & TOURS
Isnin, 15 Jun 2009
BOSRA
Terletak 145 km ke selatan Damascus. Bosra adalah sebuah bandar kuno sebagaimana yang disebut di dalam senarai Tutmose III dan Akhenaten dalam abad ke 14 sebelum masehi. Beribu tahun yang lalu Bosra adalah ibu kota bagi kerajaan Nabatean sebelum pusat mereka yang berada di Petra. Tetapi apabila Rom menakluk Syria, mereka telah menjadikan Bosra sebagai pusat yang paling penting bagi mereka. Dan di zaman Kerajaan Trajan, mereka telah menjadikan Bosra sebagai ibu kota wilayah arab. Bandar ini kemudiannya dijadikan laluan bagi kafilah - kafilah dan menjadi tempat kediaman bagi raja-raja sesuatu empayar.
Dan di sini jugalah seorang paderi yang bernama Bahira telah memberitahu Rasulullah ketika baginda berumur 12 tahun bahawa beliau akan menjadi Nabi pada suatu masa nanti.
Dan pada kurun ke- 14 apabila arab menakluk Syria, Bosra mula menjadi tempat tumpuan bagi umat Islam berhijrah kesitu. Tetapi Syria telah menjadi pusat peperangan diantara kerajaan Fatimiah dengan Syiah.
Di sini juga terdapat sebuah masjid di mana Rasulullah memberhentikan untanya, masjid tersebut dikenali dengan nama Mabrak An - Naqah. Dan di sini juga terdapat sebuah tasik suatu ketika dahulu menjadi tempat perhentian bagi jemaah yang bermusafir bagi menunaikan haji sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Mekkah.
Pangung Teater Rom
Di Bosra ini juga terdapat sebuah Kota lama yang dinamakan Kota Bosra, di dalamnya terdapat sebuah panggung teater Rom yang dibina pada abad ke-2 masehi, panggung ini masih digunakan sehingga kini dan boleh memuatkan 15,000 penonton dalam satu - satu masa. Ianya dianggap sebagai Roman Amphitheatre yang tercantik dan terpelihara di dunia. Menjelang musim panas bosra akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan sesebuah festival.
Kesan–kesan yang masih tinggal di Bosra
a. Tempat mandi raja-raja Rom, abad ke-2
b. Tembok bangsa Nabatean.
c. Gereja rahib Bahira.
d. Kuil Nabatean yang dibina seawal abad pertama.

GEREJA RAHIB BAHIRA
GEREJA RAHIB BAHIRA
BUSRA
ROMAN AMPHITHEATER
KUIL NABATEAN
Jumaat, 5 Jun 2009
NAWA
MAKAM NABI AYOB ‘ALAIHISSALAM DAN IMAM NAWAWI
Nawa adalah sebuah perkampungan pertanian yang subur, terletak di selatan Syria, ia juga di kenali dengan panggilan Bumi Hauran dan jaraknya 145 km dari bandar Damsyik. Di sini kita dapat menyaksikan kisah mengenai pengorbanan Nabi Ayob dan seorang Mujaddid Islam dan Muhaqqiq Mazhab Syafi’e iaitu Imam Nawawi Rahimahullahhu’alaih, dimana kitabnya yang termasyhur Riyadhussolihi dan Syarah Sahih Muslim menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia dari dulu hingga kini.
Ringkasan riwayat hidup Imam Nawawi:
Nama beliau adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf. Dilahirkan di Nawa pada pertengahan bulan Muharam pada tahun 631 hijrah. Bapanya adalah seorang yang warak, zuhud dan seorang wali Allah swt.
Beliau dinamakan Nawawi kerana dinisbahkan kepada tempat kelahiran beliau - Nawa.
Imam Nawawi hidup di bawah pemeliharaan dan didikan bapanya. Hal ehwal keduniaan bapanya terlalu sedikit yang diketahui dan terlalu sedikit untuk dibicarakan, justera tidaklah beliau mempunyai harta yang banyak mahupun jawatan yang tinggi yang mampu menarik minat manusia, namun beliau adalah seorang yang diberkati akan rezekinya. Lalu membesarlah Imam Nawawi dalan naungan kebaikan dan kewarakan dengan bergantung hidup kepada sumber pendapatan yang diperolehi dari kedai yang dimiliki oleh bapanya itu.
Telah dipersetujui oleh ulama bahawa pada tahun 640 hijrah, Nawa telah dikunjungi oleh As–Sheihk Yasin bin Yusuf Al–marakishi yang masyhur dengan kewaliannya, lalu beliau telah melihat Imam Nawawi yang ketika itu berumur sepuluh tahun.
Kanak–kanak yang sekampung dengan Imam Nawawi tidak suka bermain dengannya. Dalam keadaan itu, beliau telah membaca al–quran, As–Sheikh Yasin telah berkata “telah wujud dalam hatiku kasih sayangku terhadapnya” lalu sykh tersebut menghampirinya yang sedang membca Al–Quran seraya menasihiti yang memperdengarkan Al–Quran kepadanya ” Budak ini akan menjadi seorang ahli ilmuter agung di zamannya dan yang paling zuhud di kalangan mereka dan umat manusia akan memperolehi manfaata darinya”. Guru Al–Quran itu berkata : “Adakah kamu seorang ahli nujum?” sahut syekh : “Tidak, adapun sesungguhnya Allah swt yang menjadikan daku berbicara tentangnya” Berita tersebut disampaikan kepada bapa Imam Nawawi dan justera itu beliau menjadi amat ghairah agar Imam Nawawi mengkhatamkan pembelajaaran Al–Qurannya. Inilah firasat As–Sheihk Al–Masyariki yang telah memberi manfaat kepada kaum muslimin dari setiap amalan solehnya yang disebabkan keilmuan, kezuhudan dan ketaqwaan. Amat sedikit yang dapat disaksikan oleh zaman akan orang seumpamanya melainkan setelah berlalaunya kurun yang panjang. Dan tidaklah kita menyangka selepas perginya As–Sheihk Al–Masyariki ke pangkuan Allah swt akan muncul pula orang sepertinya, beliau adalah Imam Nawawi.

MAKAM IMAM NAWAWI
KALIMAH ALLAH-MUHAMMAD YANG TERTERA PADA KULIT POKOK DI ATAS MAKAM IMAM NAWAWI