SHAHIN TRAVEL & TOURS

Jumaat, 13 Februari 2009

GAMBAR SEKITAR DAMASCUS - 1



Dalam sahih Muslim disebutkan bahawa pada akhir zaman akan turun nabi Isa a.s di satu menara di Kota Damascus. Hadis nabi menyebutkan bahawa menara tersebut dinamai dengan "Menara Putih" dan ulama berselisih pendapat diantara mereka, sebahagian menyebut bahawa menara itu terletak di sebelah timur masjid Umawi yang kini dijadikan masjid negara bagi Kota Damascus.


Dan sebahagian ulama lagi menyebutkan menara itu terletak di kawasan Bab Syarqi yang majoriti penduduknya adalah penganut agam Kristien. Mengikut sejarah golongan Kristien menempati kawasan ini semenjak Kota Damascus ditawan tentera Islam di bawah pimpinan Umar Al Khattab sekitar tahun 640 masihi.


Hanya menara tanpa masjid atau gereja.




Pintu masuk Muzium kebangsaan Damascus yang menyimpan khazanah awal tamadun manusia yang berusia ribuan tahun. Reka cipta pintu ini adalah diambil dari kesan tinggalan Istana Qasrul Hir di kawasan gurun timur Syria.


Bab Saghir yang menyimpan jasad para sahabt nabi.


Diantara sahabat nabi yang dimakamkan disini ialah Muawiyah Bin Abi Sufyan, Bilal Bin Rabahm, Abdullah Ibnu Ummi Maktum dan banyak lagi, disebutkan di dalam Tarikh Diamsyq karangan Ibnu A'sakir "tidak kurang dari 200 orang sahabat nabi dimakamkan disini".



Khubuz Saj (roti kuali terbalik).


Suq Hamidiah menjadi tumpuan pelancong luar yang gemarkan perkakasan yang dibuat berasaskan sejarah.


Dibina oleh Sultan Abdul Hamid salah seorang sultan di bawah kerajaan Othmaniah.





Tample of Jupiter terletak di akhir jalan Suq Hamidi dan bertentangan dengan masjid Umawi.


Manjanik ialah alat perang, digunakan untuk melontar batu besar ke arah musuh.


Makam anak nabi Adam a.s - habil, terletak di pergunungan Qalamun di bawah daerah Zabdani barat Damascus. Habil dibunuh oleh Qabil di makam arbain yang terletak di bukit Qasiyun, Damascus.



Dianggarkan panjang makam ini adalah 20 kaki.


Makam Habil pada tahun 2004.



Makam Bilal Bin Rabah di tanah perkuburan Bab Saghir.


Pintu masuk ke makam pahlawan Islam Salahuddin Al Ayyubi yang telah membebaskan Baitul Maqdis dari gengaman tentera Salib.


Makam Salahuddin yang terdapat jasad di dalamnya.


Makam yang dihadiahkan oleh raja German pada tahun 1800 masihi dan tiada jasad di dalamnya.


Makam nabi Yahya a.s, terletak di dalam masjid Umawi di bahagian tengah.

Label:

posted by perantau at 8:02 PG

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home