SHAHIN TRAVEL & TOURS

Khamis, 15 Januari 2009

KHALID AL WALID r.a PAHLAWAN ULUG

masjid khalid al walid
MASJID KHALID AL WALID DI HOMS, SYRIA.




KHALID bin al-Walid panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Beliau selalu ke medan perang sejak zaman Rasulullah hingga pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Bagaimanapun, sebelum memeluk Islam, beliau termasuk di kalangan orang Musyrikin yang bermusuh dengan Nabi Muhammad. Beliau selalu menghalang usaha dakwah Muhammad sehingga setiap kali pulang hatinya berkecamuk memikirkan mana baik dan buruk.

Melalui satu riwayat, Khalid menceritakan: “Ketika Allah mahu memberikan kebaikan kepada aku, Dia menanamkan dalam hati aku keinginan untuk memeluk Islam dan memberikan petunjuk kepada aku.

“Aku berkata, sesungguhnya aku mengikuti setiap peperangan menentang Muhammad, sedangkan tiada satu pun di antara sekian banyak peperangan yang aku ikuti kecuali ketika pulang hati aku menyatakan bahawa langkah yang aku tempuhi ini tiada manfaatnya dan aku yakin Muhammad pasti akan selalu mendapat kemenangan.

“Ketika Nabi Muhammad dan sahabat ke Hudaibiyah, aku juga berangkat bersama pasukan berkuda orang Musyrikin. Lalu aku bertemu dengan Rasulullah bersama sahabat Baginda yang sedang berada di Usfan (tidak jauh dari Makkah). Aku berusaha menghalangi Baginda.

“Pada waktu itu Baginda dan sahabat menunaikan solat Zuhur bersama kami. Justeru, terdetik dalam hati kami untuk menyerang Baginda dan sahabat. Tetapi, rancangan itu dibatalkan

“Kemudian Baginda dan sahabat menunaikan solat Asar secara khauf (kerana bimbang diserang musyrikin). Hati kami yakin bahawa Baginda mengetahui rancangan kami. Lalu aku berkata, orang ini (Muhammad) dilindungi. Selepas itu rombongan Baginda meninggalkan kami dan mengambil jalan sebelah kanan.

“Selepas orang Quraisy mengadakan perjanjian Hudaibiyah dengan Baginda dan sepakat terhadap kandungannya, hati aku terdetik; sekarang apa yang masih tinggal. Ke mana aku mahu pergi? Adakah aku perlu pergi kepada Raja Najasyi. Sesungguhnya dia sudah memeluk Islam dan sahabat di sana mendapat perlindungan daripadanya dan hidup aman.

kata2 khalid al walid
KATA-KATA KHALD AL WALID SEBELUM WAFAT
"AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BANDAKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG YANG PENGECUT"



“Apakah aku pergi saja kepada Maharaja Romawi. Jika ke sana mungkin aku perlu menukar agama kepada Nasrani atau Yahudi dan terpaksa tinggal di sana sebagai orang asing.

“Akhirnya aku memilih tinggal di tempat sendiri bersama orang yang belum memeluk Islam. Ketika aku dalam keadaan buntu memikirkan perkara itu tiba-tiba terdengar berita bahawa Rasulullah akan ke Makkah untuk melakukan umrah qada.

“Jadi, aku segera bersembunyi sehingga aku tidak melihat beliau memasuki Makkah. Ketika itu saudara aku, Walid bin Walid juga bersama-sama Rasulullah untuk menunaikan umrah. Dia pun mencari aku, tetapi gagal. Kemudian saudara aku menulis surat kepada aku:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih menghairankan aku daripada hilangnya akal kamu daripada Islam, sedangkan kamu adalah orang yang paling bijak berfikir sehingga tahu membezakan yang benar dan palsu.

makam khalid al walid
MAKAM KHALID AL WALID DALAM MASJID DI HOMS, SYRIA.



“Adakah agama seperti Islam tidak difahami oleh seseorang? Sesungguhnya Rasulullah sentiasa bertanya kepada aku mengenai diri kamu? Di manakah kamu Khalid? Aku menyatakan pada beliau, kelak Allah akan membawakannya..."

Label:

posted by perantau at 1:12 PG 0 comments

MA'LULA

Dalam bahasa Aramaik, Ma`lula berarti “tempat masuk”. Perkampungan ini terletak di kawasan pergunungan setinggi sekitar 1500 meter dari paras laut dan jaraknya 56 kilometer dari Bandar Damsyik. Kampung ini berada diantara dua buah kampung Naja` dan Juba`din yang kesemua penduduknya masih bertutur dalam bahasa Aramek, bahasa anak murid nabi Isa alaihe salam yang telah berlindung di kampung ini setelah dikejar oleh tentera Rum yang mengaggap agama kristian adalah musuh bagi Kerajaan Rum pada waktu itu.
Disini juga pelancong dapat menyaksikan rumah-rumah yang diperbuat dengan cara menebuk bukit, seakan-akan rumah-rumah itu bergantungan di dinding bukit.

Label:

posted by perantau at 1:12 PG 0 comments

IBRAHIM BIN ADHAM

" INGATLAH, SESUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU TIADA KEKHUATIRAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK (PULA) MEREKA BERSEDIH HATI "

SURAH YUNUS – AYAT : 62

 

Beliau adalah Abu Ishak Ibrahim Bin Adham Bin Mansur At Tamimi Al Balkhi.

Dilahirkan di bumi Balkan, barat Khurasan, salah seorang anak raja.


MAKAM IBRAHIM BIN ADHAM DI JABLAH, SYRIA.



Pernah diceritakan bahawa beliau keluar dari istana untuk berburu lalu beliau mendapat habuan dengan seekor arnab, tatkala beliau gembira dengan hasilnya itu lalu terdegar satu suara menyebutkan " wahai Ibrahim, apakah kerana perkara ini kamu diciptakan tuhan atau apakah dengan perkara ini kamu diperintahkan?" lalu beliau turun dari tunggangannya dan terus menemui pengembala ayahnya maka diambil jubah pengembala itu yang diperbuat daripada bulu kambing dan memakainya setelah itu beliau menyerahkan tunggangannya dan segala harta miliknya kepada pengembala itu. Setelah itu beliau meninggalkan istana yang serba indah dan merentasi kampung-kampung bagi melengkapkan perjalanannya menuju ke kota Makkah. Di Makkah beliau hidup bersama ahli sufi yang masyhur, Abu Sufyan As Sauri dan Fudhail Bin I'yadh. Setelah itu beliau berhijrah ke negeri Syam bagi mengembangkan ilmu Islam dan mengajar manusia mendalami ilmu sufi yang sebenar. Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah memakan sesuatu pun kecuali hasil dari titik peluhnya sendiri.

 



Pada tahun 161 hijrah bersamaan 778 masehi beliau  menyahut seruan jihad menentang tentera Baizantin yang menakluki negara Islam, dalam pertempuran itu lah beliau gugur syahid dan dimakamkan di pantai laut Mediterranean daerah Jablah, Syria. Dan kini makamnya menjadi tumpuan orang ramai yang mencintai kekasih Allah.

 

Pernah satu ketika beliau ditanya tentang perkara-perkara yang menghalang doa dari dimakbulkan tuhan, jawab beliau :

"kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak mentaati Nya"

"kamu mengenali Rasul, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda"

"kamu mengenali Al Quran, tetapi kamu tidak mempelajarinya"

"kamu memakan ni'mat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri Nya"

"kamu mengetahui syurga, tetapi kamu tidak memintanya"

"kamu mengetahui neraka, tetapi kamu tidak menghindarinya"

"kamu mengenali syaitan, tetapi kamu tidak menjauhinya malahan kamu merapatinya"

"kamu mengetahui mati, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuknya, dan kamu menguburkan orang yang mati, tetapi tidak mengambil i'tibar darinya"

"dan kamu biarkan kekurangan dirimu tanpa memperbaikinya malah kamu menyibukkan diri dengan kekurangan orang lain"


MASJID SULTAN IBRAHIM BIN ADHAM DI JABLAH, SYRIA




 

Rujukan :

- Risalah Al Qusyairiyyah

- Almunjid fil lughah wal I'lam


Label:

posted by perantau at 1:12 PG 0 comments

TENTANG SYRIA

GEOGRAFI

Keluasan : 185,180 km2.
Sempadan Negara : Iraq 605 km, Israel 76 km, Jordan 375 km, Lebanon 375 km, Turkey 822 km. Jumlah keseluruhan 2,253 km.
Persisiran Pantai : 193 Km.
Cuaca : Panas kering padang pasir di kebanyakan tempat pada musim panas (Jun-Ogos) dan pada musim sejuk dengan hujan renyai sepanjang persisiran pantai (Disember - Februari). Salji turun di Damsyik dan di kawasan sekitarnya.
: Kawasan paling tinggi - Bukit Hermon 2,814 m.
: Kawasam paling rendah - Kawasan berhampiran Tasik Tobari 200 m.
Hasil Bumi : Petroleum, Fosfat, Kromium dan Mangan, Asfal, Bijih Besi, Garam Batu, Marmar, Kalsium Sulfat.


PENDUDUK

Populasi : 17,155,814 (Julai 2002) Kadar pertumbuhan 2.5% (2002) 40,000 orang menetap di Bukit Golan – 20,000 dikalangan Arab (18,000 Druze dan 2,000 Alawites) dan 20,000 pendatang Yahudi yang berada di 42 penempatan (February 2003).
Bangsa : Arab 90.3 - Kurdi, Armenia dan lain-lain 9.7%.
Agama : Islam Sunni 74% - Alawit, Druze dan Etnik Syiah yang lain 16% - Kristian 10% dan Komuniti kecil Yahudi di Damsyik, Qamishli dan Halab.
Bahasa : Arab (bahasa rasmi), Kurdi, Armenia, Aramaik, Carcassi, Perancis dan Inggeris.




KERAJAAN

Nama Negara : Republik Arab Syria.
: Republik di bawah rejim askar sejak 1963.
Ibu Negara : Damsyik.
Kemerdekaan : 17 April 1946 (dari Perancis).
Presiden : Bashar al-Asad (sejak 17 Julai 2000).
Timbalan Presiden : Muhammad Zuhayr Mashariqa (sejak 11 Mac 1984).
Perdana Menteri : Muhammad Naji al-Utri.
Timb. Perdana Menteri : Dr. Muhammad al-Husayn (sejak 13 Disember 2001).
Ahli Kabinet : Dilantik oleh Presiden.


EKONOMI

Pertumbuhan KDNK : 2% (Pertanian 27%, Industri 23% Perkhidmatan Awam 50%) tahun 2000.
Industri : Petroleum, Tekstil, Makanan dan Minuman, Tembakau, Fosfat.
Bajet : Perolehan $5 Billion.
Produk Pertanian : Gandum, Barli, Kapas, Zaitun, Kacang Kuda (Humus), Daging Lembu, Daging Kambing, Telur, Susu, Bit, Kacang Dal (‘Adas).
Eksport : $5 Billion (2001).
Rakan Eksport : Jerman 27%, Itali 12%, Perancis 10%, Turki 10%, Arab Saudi 7% (2000 est.).
Import : $4 Billion (2001).
Rakan Import : Itali 9%, Jerman 7%, Perancis 5%, Lubnan 5%, China 4%, Korea Selatan 4%, Turki 4%, Amerika Syarikat 4% (2000), Thailand 6%.
Bantuan Ekonomi : Menerima $199 Juta.
Matawang : Syrian Pound (SYP) @ Lira Syria. $1=SYP51.5 (2003)





PENGANGKUTAN

Landasan Keretapi : 2750 km (panjang keseluruhan) landasan menghubungi Syria dan Iraq. Diganti pada tahun 2000/2001.
Jalan Raya : Panjang Keseluruhan- 41,451 km.
: Bertar- 9,575 km.
: Tidak Bertar- 31,876 km.
Perlabuhan : Baniyas, Jabla, Latakia, Tartus.
Lapangan Terbang : 9 buah.


KETENTERAAN

Cawangan Ketenteraan : Tentera Arab Syria, Tentera Laut Arab Syria, Tentera Udara Arab Syria, Polis dan Pegawai Keselamatan.
Perbelanjaan Ketenteraan : $921 juta (anggaran dari belanjawan negara)


KONFLIK NEGARA

• Bukit Golan di bawah penguasaan Israel
• Pelan Pengairan Air Turki bagi Sungai Furat (Euphrates) dan Sungai Dajlah (Tigris)
• Konflik Hatay.

Label:

posted by perantau at 1:09 PG 1 comments

Rabu, 14 Januari 2009

LOGO RASMI SHAHIN TRAVEL & TOURS

LOGO SHAHIN TRAVEL
posted by perantau at 12:41 PTG 0 comments