SHAHIN TRAVEL & TOURS
Isnin, 15 Jun 2009
BOSRA
Terletak 145 km ke selatan Damascus. Bosra adalah sebuah bandar kuno sebagaimana yang disebut di dalam senarai Tutmose III dan Akhenaten dalam abad ke 14 sebelum masehi. Beribu tahun yang lalu Bosra adalah ibu kota bagi kerajaan Nabatean sebelum pusat mereka yang berada di Petra. Tetapi apabila Rom menakluk Syria, mereka telah menjadikan Bosra sebagai pusat yang paling penting bagi mereka. Dan di zaman Kerajaan Trajan, mereka telah menjadikan Bosra sebagai ibu kota wilayah arab. Bandar ini kemudiannya dijadikan laluan bagi kafilah - kafilah dan menjadi tempat kediaman bagi raja-raja sesuatu empayar.
Dan di sini jugalah seorang paderi yang bernama Bahira telah memberitahu Rasulullah ketika baginda berumur 12 tahun bahawa beliau akan menjadi Nabi pada suatu masa nanti.
Dan pada kurun ke- 14 apabila arab menakluk Syria, Bosra mula menjadi tempat tumpuan bagi umat Islam berhijrah kesitu. Tetapi Syria telah menjadi pusat peperangan diantara kerajaan Fatimiah dengan Syiah.
Di sini juga terdapat sebuah masjid di mana Rasulullah memberhentikan untanya, masjid tersebut dikenali dengan nama Mabrak An - Naqah. Dan di sini juga terdapat sebuah tasik suatu ketika dahulu menjadi tempat perhentian bagi jemaah yang bermusafir bagi menunaikan haji sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Mekkah.
Pangung Teater Rom
Di Bosra ini juga terdapat sebuah Kota lama yang dinamakan Kota Bosra, di dalamnya terdapat sebuah panggung teater Rom yang dibina pada abad ke-2 masehi, panggung ini masih digunakan sehingga kini dan boleh memuatkan 15,000 penonton dalam satu - satu masa. Ianya dianggap sebagai Roman Amphitheatre yang tercantik dan terpelihara di dunia. Menjelang musim panas bosra akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan sesebuah festival.
Kesan–kesan yang masih tinggal di Bosra
a. Tempat mandi raja-raja Rom, abad ke-2
b. Tembok bangsa Nabatean.
c. Gereja rahib Bahira.
d. Kuil Nabatean yang dibina seawal abad pertama.

GEREJA RAHIB BAHIRA
GEREJA RAHIB BAHIRA
BUSRA
ROMAN AMPHITHEATER
KUIL NABATEAN
posted by perantau at 10:35 PTG
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home